Bolehkah Bitcoin di"Hack"
BOLEHKAH BITCOIN DIGODAM (HACK)?
Salah satu isu penting dalam dunia Internet ialah tahap sekuriti. Dan oleh sebab Bitcoin wujud di Internet, isu sekuriti adalah amat penting dan malah kritikal.
Jawapan kepada soalan “Bolehkah Bitcoin digodam?” ialah, “Tidak boleh!”
“Mengapa tidak boleh?”
Jawapan pertamanya adalah kerana Bitcoin wujud dalam jaringan (network) yang decentralized dan tidak mempunyai pusat untuk hacker menyerang protokolnya. Walaupun pengguna individu boleh digodam, tetapi serangan itu tidak akan menjejaskan jaringan Bitcoin itu sendiri. Malah jika semua pengguna Bitcoin di Malaysia digodam pada masa yang sama, jaringan Bitcoin akan terus beroperasi seperti sedia kala!
Jawapan keduanya adalah kerana jaringan Bitcoin menggunakan tahap kriptografi yang tinggi untuk memastikan integriti Blockchain dan transaksi-transaksi Bitcoin. Walaupun tahap kriptografi itu boleh digodam secara teori, ianya adalah mustahil untuk dilakukan kerana ia memerlukan gabungan kuasa pemprosesan semua super-komputer yang wujud di dunia dan masa beratus-ratus tahun hanya untuk mempunyai peluang melakukannya. Dalam kata lain, situasi ini tidak akan berlaku!
Ini bermakna ianya adalah mustahil untuk jaringan Bitcoin untuk digodam.
Apa yang boleh (dan pernah) berlaku ialah pengguna individu, exchange dan pembekal wallet online diserang hacker. Serangan ini mengakibatkan mereka kehilangan Bitcoin yang mereka simpan di wallet online tersebut.
Sebagai contoh, exchange Mt. Gox (sebuah exchange yang popular satu masa dulu) telah digodam dan mengakibatkan kehilangan 650,000 Bitcoin.
Satu lagi kes penggodaman telah berlaku pada bulan Mac 2012. Mengikut laporan, 46,703 Bitcoin bernilai $228,845 (pada waktu itu) telah dicuri dari platform sebuah syarikat cloud server yang bernama Linode.

Comments
Post a Comment